Ikuti Kami:

Umur Cecah 30 Tahun, IU Kongsi Perasaan & Matlamat Sebagai Penyanyi Serta Pelakon

Umur Cecah 30 Tahun, IU Kongsi Perasaan & Matlamat Sebagai Penyanyi Serta Pelakon

IU telah menjadi bintang muka hadapan bagi majalah Marie Claire edisi Mac!

Semasa penggambaran itu, IU dilihat dikelilingi oleh bunga-bunga yang membuatkannya kelihatan anggun dan menawan. Selepas sesi penggambaran, IU telah terlibat dengan temu bual, di mana dia bercakap tentang bagaimana rasanya berusia tiga puluh tahun (umur di Korea) pada tahun ini. Katanya,

Semasa saya menonton anugerah akhir tahun dan kiraan detik Tahun Baru di TV di rumah, saya berasa teruja. Dalam usia lewat 20-an, saya agak lesu dan bosan, jadi sudah agak lama saya tidak merasakan keseronokan seperti itu. Ia menyedarkan saya dan memberi saya keyakinan untuk mencuba perkara baharu.

Apabila ditanya tentang apa yang dia telah rancangkan dengan keyakinan baru yang diperolehi, IU menjawab,

Saya mahu mencipta sebuah studio kecil yang berfungsi sebagai dewan konsert di mana saya boleh menghasilkan lagu atau mengadakan konsert dengan artis lain. Saya juga ingin membantu kanak-kanak dan orang dewasa muda yang memerlukan.

Sementara itu, IU kini sedang menjalani penggambaran bagi filem “Dream”, diarahkan oleh Lee Byung-hun. Dikenali sebagai penyanyi dan penulis lirik yang telah memenangi banyak anugerah, serta sebagai seorang pelakon yang hebat, IU turut berkongsi matlamat untuk kerjayanya pada masa hadapan.

Saya ingin menjadi seorang pelakon yang penonton dengan senang hati akan meluangkan masa mereka untuk menonton. Sebagai seorang pemuzik, saya berharap untuk terus menulis lagu yang menarik minat pendengar.

IU Marie Claire

Betul ke IU dah 30 tahun, nampak macam masih dalam umur 20-an.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...