Ikuti Kami:

“Ulang Ulang Benda Sama” – ‘Running Man’ Dikritik Dek Isu Ini

“Ulang Ulang Benda Sama” – ‘Running Man’ Dikritik Dek Isu Ini

Bukan senang nak mengolah idea baru buat program yang sudah bersiaran selama 14 tahun lamanya.

Baru-baru ini, media Korea menekankan mengenai kandungan program “Running Man” yang kelihatan serupa sahaja kini bagi saban episod. Khabarnya, 4 episod terakhir ini hanya memaparkan rutin yang sama iaitu makanan, memasak dan lawatan ke pasar.

Episod 688 melibatkan perlumbaan membeli-belah makanan, manakala dalam episod 689 yang menandakan kepulangan Ji Suk-jin, terdapat masakan yang membingungkan daripada Song Ji-hyo. Episod 690 adalah perlumbaan restoran berbaloi, dan episod 691 yang disiarkan pula melibatkan lawatan ke pasar dan penyediaan makanan seperti tteokguk (sup kek beras) dan jeon (lempeng).

running man

Di antara 4 episod tersebut, lawatan ke pasar muncul dalam 3 episod dan setiap episod turut proses penyediaan makanan yang serupa lantas mengaburi keunikan rancangan ini. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka seperti menonton siaran ulangan sejak beberapa episod ini.

Ada yang menyuarakan bahawa “Running Man” sedang melalui fasa ‘slump’ kini dek tiada perkembangan idea baru mahupun percubaan untuk mengubah konsep.

Korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...