Ikuti Kami:

“Tak Suka Bersaing” – Ramai Perasan Song Jihyo Lebih Aktif Selepas Jeon Somin Keluar ‘Running Man’?

“Tak Suka Bersaing” – Ramai Perasan Song Jihyo Lebih Aktif Selepas Jeon Somin Keluar ‘Running Man’?

Sedar tak sedar, sudah lebih 3 bulan Jeon So-min meninggalkan “Running Man” dengan alasan mahu berehat seketika sebelum memberikan fokus pada dunia lakonan.

Baru-baru ini, dilihat beberapa penonton setia rancangan berkenaan meluahkan bahawa mereka gembira melihat perubahan positif Song Ji-hyo sementelah telah dikritik supaya meninggalkan rancangan berkenaan jika tidak mahu menyumbang apa-apa sebelum ini.

Semakin cerita dan senang berbual dengan ‘oppa’ yang lain, ada yang menebak pelakon wanita tersebut sepertinya mahu mengubah diri bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jeon So-min.

Kata penonton dalam klip episod terbaru “Running Man”,

Tanpa Jeon So-min, sekarang dia mulai bercakap lebih banyak.. Itulah sifatnya yang sebenarnya. Dia benar-benar tidak suka bersaing atau melakukan apa-apa tambahan jika tidak mendapat perhatian. Jeon So-min memiliki bakat yang luar biasa dan lebih menyeronokkan untuknya melakukan sesuatu dengan penuh semangat dan keseronokan daripada dia.

song jihyo yang sechan

Pun begitu, perhatian ini berbalik kepada janji Song Ji-hyo dalam program “Pinggyego” sebelum ini di mana dia meminta Yoo Jae-suk, Haha dan Ji Suk-jin supaya menyelitkannya ketika berbual dan dia akan cuba menyokong sebaik mungkin.

Disebabkan itu, pelakon wanita berkenaan dilihat mengotakan janji agak lebih aktif ketika menyertai rakaman “Running Man”.

Korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...