Ikuti Kami:

“Kita Mula Sekarang..” – Ahli ‘Running Man’ Cuba Bina ‘Love Line’ Antara Song Jihyo & Yang Sechan

“Kita Mula Sekarang..” – Ahli ‘Running Man’ Cuba Bina ‘Love Line’ Antara Song Jihyo & Yang Sechan

Hubungan cinta antara Yang Se-chan dan Song Ji-hyo kembali disebut.

Dalam episod terbaru “Running Man”, para ahli termasuk tetamu Hong Jin-ho dan Jonathan telah menjani misi istimewa ‘Keluarga Ji Membalas Budi’ sempena sambutan Tahun Baru.

Pada awalnya, sesiapa yang datang awal ke set diberikan kelebihan untuk menyusun susur galur keluarga berkenaan, Yoo Jae-suk kemudian dengan pantas mengisi namanya pada bahagian ‘anak sulung’ manakala Yang Se-chan pula mahukan kerusi ‘menantu lelaki’.

Walau bagaimanapun, nama Song Ji-hyo sudah pun tertera di bahagian ‘anak perempuan’ di mana Yang Se-chan bakal menjadi suami wanita itu sekiranya dia mengambil tempat ‘menantu lelaki’. Jawabnya,

Kalau saya jadi menantu, maknanya kami ada hubungan cinta? Patut tak kita lakukannya secara nyata kini?

yang sechan song jihyo

Selit Song Ji-hyo,

Hubungan cinta kami bermula hari ini ke?

Selepas berfikir dengan lama, lelaki itu memilih untuk menjadi ‘anak lelaki bongsu’ memandangkan tahu bahawa watak ‘menantu’ pastinya akan menerima leteren sahaja.

Macam-macam dorang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...