Ikuti Kami:

“Macam Mana Awak Boleh Jalan?” – Ahli ‘Running Man’ Terkejut Lihat Berat Song Jihyo

“Macam Mana Awak Boleh Jalan?” – Ahli ‘Running Man’ Terkejut Lihat Berat Song Jihyo

Perasan tak yang Song Ji-hyo kelihatan sedikit kurus sekarang?

Dalam episod terbaru “Running Man”, para ahli telah menyambut kepulangan Ji SUk-jin yang berehat selama 5 minggu sebelum ini atas masalah kesihatan. Untuk episod kali ini, mereka telah menjalani ramalan tahun 2024 selain mengukur kesihatan masing-masing.

Apabila ukuran Song Ji-hyo diambil, ramai yang terkejut bahawa beratnya hanya 48 kilogram selain berdiri di ketinggian 167cm. Usik Yoo Jae-suk yang melihat usia wanita itu dicatatkan sebagai 42 tahun,

Tulis sahaja awak baru 41 tahun.

song jihyo weight

Mereka turut mengukur jumlah otot Song Ji-hyo dan keluh Ji Suk-jin,

Ianya jauh di bawah piawaian normal. Bagaimana awak boleh berjalan?

Pun begitu, dia mendapat markah sebanyak 70 mata untuk berat lemak dan ukuran badan sekaligus membuktikan tubuhnya agak sihat bagi usia sedemikian.

Patutlah Song Ji-hyo nampak kecil..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...