Ikuti Kami:

“Saya Goda Semua” – Manja Dengan Tetamu Lelaki ‘Running Man’, Aksi Song Jihyo Jadi Perhatian

“Saya Goda Semua” – Manja Dengan Tetamu Lelaki ‘Running Man’, Aksi Song Jihyo Jadi Perhatian

Sepertinya Song Ji-hyo dah asah kemahiran ‘mengorat’nya!

Ketika sesi pembukaan episod terbaru “Running Man”, Song Ji-hyo dilihat tampil mesra dengan tetamu lelaki iaitu Jo Se-ho dan Kyuhyun Super Junior. Tambahan pula apabila wanita itu dilihat mengelap air liur Jo Se-ho yang tiba-tiba meleleh kerana kesejukan. Kata lelaki itu menjangkakan sesuatu yang berbunga,

Serius ni?

Dia kemudiannya menyambut tawa dan mengatakan,

Kalau saya muda setahun, pastinya saya boleh goda semua.

song jihyo

Selepas itu, Kyuhyun muncul dan menyanyikan dengan semangat lagu barunya ‘I Don’t Do That’. Song Ji-hyo yang meluahkan rasa kagum terus menepuk tangan dengan kuat. Ujar Kim Jong-kook,

Kyuhyun, berhati-hati dengan wanita tua.

Song Ji-hyo terus mencubit pipi ahli Super Junior itu,

Awak comel.

Kyuhyun yang terkejut, terus mengucapkan ‘terima kasih’ dek sentuhan yang tak dijangka itu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...