Ikuti Kami:

Tutup Laman Web Rasmi, Bae Yongjoon Sudah Bersara Dari Dunia Seni Korea?

Tutup Laman Web Rasmi, Bae Yongjoon Sudah Bersara Dari Dunia Seni Korea?

Baru-baru ini, ramai yang mula bercerita mengenai Bae Yong-joon yang dikatakan telah pun bersara dari dunia seni.

Hal ini menjai perbualan semua kerana laman web rasmi pelakon itu ditutup dan pautan tersebut sudah dijual kini.

Walaupun tidak mengumumkan persaraannya secara rasmi namun pelakon berkenaan telah menghentikan promosi seni sejak 11 tahun lalu dengan kemunculan terakhirnya dalam drama “Dream High”.

bae yongjoon

Respon kenalan Bae Yong-joon,

Bae Yong-joo berada di Hawaii kini dan berpuas hati dengan kehidupan tenang bersama keluarganya. Disebabkan dia sudah 10 tahun berhenti berlakon, tiada sebab untuk dia menguruskan sebuah laman web lagi.

Katanya lagi,

Dalam kata lain, Bae Yong-joon sudah menarik diri dari industri seni Korea selepas dia menjual saham dalam SM Entertainment secara baik pada 2018. Ianya tiada beza dengan persaraan.

bae yongjoon

Untuk pengetahuan, Bae Yong-joon popular di serata Asia selepas muncul dalam drama “Winter Sonata”. Pun begitu, lelaki itu memilih untuk berehat selepas berkahwin dengan Park Soo-jin selain turut memiliki seorang anak lelaki dan anak perempuan.

Sedihnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...