Ikuti Kami:

12 Tahun Tiada Naskhah Lakonan Baru, Ini Sebab Netizen Syak Won Bin Sudah Bersara

12 Tahun Tiada Naskhah Lakonan Baru, Ini Sebab Netizen Syak Won Bin Sudah Bersara

Diam tak diam, dah hampir 12 tahun Won Bin menjauhkan diri daripada dunia hiburan Korea.

Disebabkan lelaki itu hanya aktif dalam pengiklanan, ramai yang menebak bahawa suami  Lee Na-young itu sudah pun bersara sebagai pelakon. Tekaan ramai itu nyata munasabah memandangkan Won Bin yang ‘tidak bekerja’ selama lebih daripada 10 tahun.

Tak cukup dengan itu, khabar angin ini bertiup kuat dek satu insiden yang berlaku pada 2019. Semasa berkongsi gambar untuk sebuah iklan, pihak media diminta supaya “Tidak menggunakan perkataan ‘pelakon'”.

Kami memohon maaf kerana meminta anda melakukan satu perkara ini, iaitu mengelak daripada menyebut ‘pelakon’ di dalam artikel.

won bin

Pada ketika itu, agensi perhubungan awam yang menguruskan permintaan itu menyatakan bahawa permintaan itu dibuat sendiri oleh agensi Won Bin namun tidak dapat dipastikan alasan disebaliknya.

Pun begitu, pihak pelakon itu membalas,

Kami tidak pernah mengatakan hal berkenaan semasa berhubung.

Katanya, permintaan itu dibuat kerana perkataan ‘model’ mempunyai titik jualan yang lebih baik berbanding ‘pelakon’ dari sudut pandangan sesebuah jenama.

Pada ketika itu, agensi Won Bin mendedahkan bahawa lelaki itu masih lagi meneliti tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.

won bin

Walaubagaimanapun, selepas 2 tahun 5 bulan sejak insiden berkenaan, Won Bin masih lagi tidak melakukan comeback sebagai pelakon. Namun ‘kehilangan’ pelakon itu tidak memberikan sebarang kesan kepada kepopularitiannya kerana dia menduduki tangga kedua dalam senarai survey ‘Bintang mana yang awak mahu melihat kembali aktivitinya?’

Meskipun harapan hanyalah tipis, namun orang ramai masih lagi menantikan naskhah baru lakonan Won Bin selepas “The Man From Nowhere” ditayangkan 12 tahun lalu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...