Ikuti Kami:

“Tutup La..” – Akui Risau, Lee Hyori Mohon Jennie BP & NewJeans Jangan Berpakaian Dedah Tubuh Badan

“Tutup La..” – Akui Risau, Lee Hyori Mohon Jennie BP & NewJeans Jangan Berpakaian Dedah Tubuh Badan

Semakin hari, semakin ramai idola K-Pop yang berani untuk menggayakan pakaian yang mendedakan tubuh badan mereka..

Dalam episod terbaru program yang diacarakan oleh Lee Hyori “The Seasons: Red Carpet with Lee Hyori”, penyanyi legenda Uhm Jung-hwa telah tampil sebagai tetamu istimewa.

Menerusi siaran tersebut, kedua-kedua penyanyi itu ada bercakap tentang imej seksi mereka yang sentiasa menjadi perhatian ketika membuat persembahan.

Bagaimanapun, Uhm Jung-hwa meluahkan bahawa tiada satu pun komen positif yang dia terima mengenai penampilan seksinya itu dan dia terpaksa menanggung semua kritikan ‘pedas’ oleh netizen.

lee hyori newjeans jennie

Sebagai seorang senior yang berpengalaman, Lee Hyo-ri akui risau ketika melihat idola kini yang berpakaian seksi, serta ada menyebut nama Jennie dan NewJeans,

Sekarang, saya suka junior seperti Jennie dan NewJeans tetapi saya harap mereka tidak akan memakai pakaian sedemikian. Jika mereka memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan, hati saya berkata ‘Tidak, jangan lakukan itu. Tutup la’. Saya mahu melindungi dan menyayangi mereka.

Itu lah kan, Lee Hyo-ri pun dah faham sangat netizen Korea ni kalau kecam bukan main lagi..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...