Ikuti Kami:

“Samantha & Rachel Are Here” – Dedah Bahagian Belakang Badan, Penampilan Seksi Kim Sejeong Di Malaysia Jadi Bualan

“Samantha & Rachel Are Here” – Dedah Bahagian Belakang Badan, Penampilan Seksi Kim Sejeong Di Malaysia Jadi Bualan

Baru masuk bulan Februari, dah ada ramai selebriti Korea yang datang ke Malaysia pada tahun ini!

Terbaru pada 3 Februari, pelakon dan penyanyi popular iaitu Kim Se-jeong telah meraikan pelancaran kedai Longchamp terbesar di Malaysia, yang berlangsung di pusat beli-belah The Exchange TRX.

Untuk pengetahuan, pelakon “The Business Proposal” itu merupakan duta buat jenama tersebut dan kehadirannya juga telah disambut meriah oleh peminat yang setia menunggu dari awal pagi.

Ketika di acara tersebut, Kim Se-jeong juga ada berkongsi kepada peminat mengenai aktiviti lakonan dan nyanyiannya kini. Dia berkata,

Walaupun belum ada keputusan, saya telah membaca banyak skrip dan jika ada karya yang bagus, saya akan membincangkannya. Dari segi muzik, saya mahu menulis lagu setiap hari. Saya akan menunjukkan kepada anda kemahiran lakonan dan muzik saya yang hebat pada masa akan datang. Sila nantikannya. Terima kasih.

kim sejeong longchamp

Selain itu, penampilan seksi wanita tersebut yang mendedahkan bahagian belakang dan tepi badannya juga telah meraih perhatian ramai, tambahan pula dengan kecantikannya yang menawan.

Berseri-seri sangat Kim Se-jeong!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...