Ahli BTS sememangnya akan sentiasa mencari masa terluang untuk berborak dengan peminat mereka.
Terbaru pada 7 April, Jung-kook telah mengadakan siaran langsung di laman Weverse bersama J-Hope dan V, untuk berborak mengenai pelbagai perkara.
Ketika J-Hope sedang menunjukkan kepada peminat rambut barunya yang telah dipotong pendek menjelang pendaftaran tentera, Jung-kook muncul dengan bakul pakaian di tangan. Dia berkata,
Saya perlu mencuci pakaian saya!
JUNGKOOK FOLDING HIS CALVIN KLEIN UNDERWEAR?$2?:$2?)2?3 pic.twitter.com/65W5le34zO
— ajk⋆ (@archiveforJK) April 7, 2023
Selepas V dan J-Hope pergi, ahli termuda BTS itu terus meneruskan siaran langsung itu sambil melipat pakaiannya yang baru dicuci. Mengejutkan peminat, Jung-kook dilihat melipat seluar dalamnya sambil berkongsi,
Rakan-rakan saya di Calvin Klein menhantar saya beberapa seluar dalam dan saya mahu mula memakainya dengan segera, jadi saya banyak melakukan cucian. Saya mencuci yang warna terang dan gelap.
Tidak lama kemudian, idola itu mula berasa malu dan berkata,
Kenapa tiba-tiba saya rasa saya sedar diri..Awak tak perlu nampak saya buat macam ni. Kenapa saya tunjuk ni hahaha. Tapi saya bidadari dobi, sebab tu.
Bagaimanapun, tindakan Jung-kook ini nampaknya memberikan impak apabila seluar dalam yang dilipatnya itu dilihat terus habis terjual di beberapa negara di laman web Calvin Klein.
how to fold your underwear properly, tutorial by jungkook: pic.twitter.com/KwwH6m8JDU
— jungkook admirer₇ (@dreamjeons) April 7, 2023
Fuh, ni baru betul duta global!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉