Siap sedia semua untuk saksikan pelbagai aktiviti antara Jung-kook BTS dengan jenama Calvin Klein!
Terbaru, Calvin Klein telah melancarkan beberapa foto dan video Jung-kook mengenakan pakaian dari jenama berkenaan, sekaligus mengumumkan idola itu sebagai duta global baru buat jenama tersebut.
Berkongsi rasa terujanya kerana dipilih untuk memegang jawatan sedemikian, Jung-kook meluahkan perasaannya dengan berkata,
Saya telah lama menjadi peminat Calvin Klein dan sangat teruja untuk menjadi duta global terbaru mereka. Perkongsian ini sangat istimewa kerana warisan dan nilai jenama Calvin Klein seiring dengan saya.
Sambung ahli termuda BTS itu lagi,
Muzik ialah cara saya berkomunikasi dengan peminat di seluruh dunia dan saya melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk berhubung dengan mereka dengan cara yang baru. Saya sangat teruja untuk orang ramai melihat sisi baru saya dalam kempen pertama untuk jenama ini.
what makes an icon? introducing Jung Kook in Calvin Klein denim.
by Park Jong Ha. https://t.co/cg3Z5VIXI5 pic.twitter.com/8iXhObe61o— calvinklein (@CalvinKlein) March 28, 2023
Menerusi gambar dan video yang dilancarkan, Jung-kook tampil seksi dan berkarisma, dengan badannya yang tegap, membuatkan ramai kagum dengan postur tubuh penyanyi itu.
Selain itu, peminat juga turut teruja mengenai pengumuman ini dengan #JUNGKOOKxCALVINKLEIN telah melepasi lebih 700 ribu tweet di seluruh dunia setakat ini. Antara reaksi peminat,
Saya tak cukup kuat untuk ini..
Calvin Klein membuat pilihan yang tepat dengan memilih Jung-kook sebagai duta!
ARMY di Korea sudah mula membeli barangan Calvin Klein yang dimodelkan oleh Jung-kook. Kuasanya benar-benar luar biasa!
for some, iconic comes easy. introducing Jung Kook in Calvin Klein denim. want to see more of this look?
by Park Jong Ha. pic.twitter.com/4hKSC9hNhR
— calvinklein (@CalvinKlein) March 28, 2023
Tahniah Jung-kook!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉