Baru-baru ini, Jung-kook BTS nampaknya kerap berborak dengan peminat menerusi siaran langsung di laman Weverse.

Terbaru pada 14 Mac, Jung-kook telah melakukan siaran langsung di Weverse, di mana idola itu berbual sambil memainkan lagu yang dicadangkan peminat di ruangan komen.
Khususnya, ada seorang peminat yang mencadangkan lagu “Old Love” nyanyian penyanyi Malaysia iaitu Yuji dan Putri Dahlia. Ketika lagu tersebut dimainkan ahli termuda BTS itu, ARMY di Malaysia rata-rata terkejut dan teruja kerana tidak sangka bahawa Jung-kook akan perasan mengenai komen tersebut.
View this post on Instagram
Tidak lama kemudian, Putri Dahlia dan Yuji sendiri telah memuat naik video berkenaan di Instagram peribadi mereka, beserta kapsyen yang ditulis,
YUJIIII TENGOK NI😭 J-JUNGKOOK UM DENGAR LAGU KITA?!?!!! 😭😭
Menurut ARMY, inilah yang dia katakan:
‘Oh bagusnya. ARMY tahu banyak lagu yang bagus. Saya simpan lagu ini di playlist saya ya, terima kasih’.
Memang best pun lagu ni. Untung la Yuji dan Putri Dahlia!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉