Ikuti Kami:

“Jaga Batas, Saya Pun Manusia..” – Jungkook Kecewa Peminat ‘Sasaeng’ Ikut Sampai Ke Gim

“Jaga Batas, Saya Pun Manusia..” – Jungkook Kecewa Peminat ‘Sasaeng’ Ikut Sampai Ke Gim

Seorang selebriti popular kadangkala pastinya harus berdepan dengan peminat yang tidak reti menjaga batas, juga dikenali sebagai peminat ‘sasaeng’.

Terbaru, Jung-kook BTS telah meluangkan waktu bersama peminat menerusi siaran langsung di laman Weverse.

Dalam siaran tersebut, Jung-kook berkongsi kepada peminat tentang aktivitinya pada hari esok dengan memberitahu,

Saya tidak ada apa-apa esok, saya hanya akan bersenam.

Kemudian, idola itu nampaknya teringat tentang sesuatu dan mula bercakap mengenai peminat fanatik yang pernah mengikutnya sehingga ke gim sebelum ini,

Saya benar-benar bersyukur kerana awak semua bersorak untuk saya dan memberikan banyak minat dan kasih sayang. Saya amat berterima kasih. Tolong jangan datang berjumpa saya ketika saya bersenam. Saya sangat terkejut pada waktu itu.

Kemudian, ahli termuda BTS itu menjelaskan tentang situasi di mana ada peminat fanatik yang menunggunya di hadapan gim, ketika dia sedang bersenam sambil melakukan siaran langsung pada masa lalu,

Kira-kira 20 atau 30 minit sebelum pulang, saya membuat siaran langsung. Saya dah nak pulang ke rumah tetapi ada orang di sana. Saya sangat berterima kasih atas minat yang awak tunjukkan kepada saya tetapi ini bukan jadual rasmi saya.

Jelasnya lagi dalam keadaan mabuk,

Ya, saya mabuk. ARMY (nama kelab peminat) yang lain boleh datang jika mereka mahu, tetapi mereka tidak kerana mereka jaga batas. Apabila saya melakukan sesuatu, saya memikirkan ARMY, sama ada saya di rumah atau bersenam. Saya membuat siaran langsung kerana saya ingin berkongsi. Tetapi, bila awak datang semasa saya sedang melakukan penstriman langsung, ia akan menyukarkan saya kerana saya juga manusia.

jungkook sasaeng

Tolong la jaga privasi Jung-kook. Kesian dia tau..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...