Ikuti Kami:

Berlatih Tinju Di Gim, Peminat Syok Lihat Gaya Rambut Panjang Baru Jungkook BTS

Berlatih Tinju Di Gim, Peminat Syok Lihat Gaya Rambut Panjang Baru Jungkook BTS

Baru-baru ini, Jung-kook BTS nampaknya sering berkomunikasi dengan peminat menerusi siaran langsung.

Terbaru pada 11 Februari, ahli termuda BTS itu telah melakukan siaran langsung menerusi laman Weverse, di mana dia menunjukkan kepada peminat latihan tinjunya di gim.

Bukan sahaja kagum dengan kemahiran tinjunya malahan, peminat turut teruja melihat gaya rambut panjang baru idola itu, sehingga boleh diikat seperti ‘ponytail’.

Selain itu, nama Jung-kook dengan ayat lain seperti ‘Jungkook’s hair’ dan ‘His hair’ juga telah trending di Twitter seluruh dunia semalam, dengan banyak foto dan video yang dikongsi peminat.

Antara komen yang ditulis,

Rambut panjang dan tatu? Dia kelihatan sangat ‘hot’!

 

Rambut Jung-kook perlukan kelab peminat yang tersendiri.

 

Adakah rambut dia secara semula jadi keriting? Saya cemburu!

Nampak matang la Jung-kook dengan gaya rambut macam ni!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...