Turut Hormati Perkabungan Negara, Netflix Korea Sahkan Siaran Drama ‘The Fabulous’ Ditangguh
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Drama “The Fabulous” dijangka bakal menangguhkan penyiaran di semua platform tayangan.
Ekoran daripada insiden yang berlaku di Itaewon baru-baru ini, rata-rata dalam kalangan pihak produksi dan juga artis yang memutuskan untuk menangguhkan semua aktiviti promosi atau projek mereka demi untuk menghormati keluarga-keluarga mangsa.
Terbaru, Netflix Korea mengeluarkan kenyataan untuk menangguhkan penyiaran drama terbaru “The Fabulous”, lakonan Choi Min-ho SHINEE dan juga Chae Soo-bin, buat sementara waktu.
안타까운 사고로 국가적 애도가 이뤄지고 있는 만큼, <더 패뷸러스> 제작발표회 행사 및 작품 공개를 잠정 연기하기로 했습니다. pic.twitter.com/QXQTG7UscT
— Netflix Korea|넷플릭스 코리아 (@NetflixKR) October 31, 2022
Namun, sehingga kini, masih belum ada maklumat yang jelas mengenai perubahan waktu dan jadual bagi penyiaran drama itu. Maklumat lanjut khabarnya akan dikongsi apabila keadaan sudah mulai reda.
Nantikan update seterusnya okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




