Ikuti Kami:

Turun 2KG Dalam 5 Hari, Jom Cuba Menu Diet Idola K-Pop Yang Sihat & Sedap!

Turun 2KG Dalam 5 Hari, Jom Cuba Menu Diet Idola K-Pop Yang Sihat & Sedap!

Peminat K-Pop pastinya perasan bahawa kebanyakan idola wanita mempunyai tubuh badan yang cantik dan langsing, kan?

Kalau korang nak tahu, idola wanita ini berjaya mempunyai badan idaman ramai dek rutin diet dan cara pemakanan mereka yang sihat tau.

Jadi dalam artikel kali ini, KimchiDaily ingin berkongsi antara menu diet idola K-Pop yang korang boleh cuba, untuk dapatkan badan yang cantik dan sihat. Jom lihat di bawah!

Hari pertama – Jisoo BLACKPINK

diet idola k-pop

Sarapan pagi: 1 biji epal

Makan tengah hari: Nasi goreng Kimchi dan dimakan bersama ladu udang serta rumpai laut

Minum petang: Air detox resepi Jennie BLACKPINK

Makan malam: 5 biji buah strawberi dan 3 hirisan tembikai

Hari kedua – Yuna ITZY

diet idola k-pop

Sarapan pagi: Dua keping roti yang disapu mentega kacang dan dimakan bersama pisang

Makan tengah hari: Maggi Instant Pasta Mushroom Penne yang dimakan bersama rumpai laut dan 3 biji buah strawberi

Minum petang: Air detox resepi Jennie BLACKPINK

Makan malam: 2 ayam dada tanpa kulit yang diperap dengan garam dan lada hitam serta dimakan bersama tomato ceri

Hari ketiga – Yeji ITZY

diet idola k-pop

Sarapan pagi: 3 hirisan buah tembikai

Makan tengah hari: 2 ayam dada tanpa kulit yang diperap dengan garam dan lada hitam serta dimakan bersama sos Ssamjang

Makan petang: 3 hirisan buah tembikai

Makan malam: 3 ayam drummet dan tomato ceri

Hari keempat – Jisoo BLACKPINK

diet idola k-pop

Sarapan pagi: 1 biji epal

Makan tengah hari: Som Tam dan 1 ayam dada tanpa kulit yang diperap dengan garam serta lada hitam

Minum petang: Air detox resepi Jennie BLACKPINK

Makan malam: 1 ayam dada tanpa kulit yang diperap dengan garam dan lada hitam serta dimakan dengan 5 biji buah strawberi dan ladu udang.

Hari kelima – Yeji ITZY

diet idola k-pop

Sarapan pagi: 3 hirisan buah tembikai

Makan tengah hari: 200 gram daging lembu bakar dimakan bersama sedikit sos mustard dan tomato ceri

Makan malam: 4 ayam drummet dimakan bersama sos Ssamjang dan tomato ceri

Resepi air detox – Jennie BLACKPINK

3 hirisan buah epal, 4 hirisan buah nenas, 3 hirisan buah betik dan sedikit buah delima. Kemudian, campurkan semua buah dan blend dengan sedikit air kosong. Siap!

Kini, korang pun boleh mula merancang menu makanan diet sama macam idola K-Pop tau. Tak perlu pening-pening lagi, ikut sahaja contoh menu yang Kimchi Daily cadangkan ini.

Bagaimanapun, sila ikut kemampuan diri ketika sedang melakukan diet ini kerana apa yang paling penting adalah badan yang sihat.

Selamat mencuba!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...