Ikuti Kami:

Bawa Pengaruh Hebat, 10 Selebriti Korea Ini Merupakan Duta Bagi Jenama Mewah

Bawa Pengaruh Hebat, 10 Selebriti Korea Ini Merupakan Duta Bagi Jenama Mewah

Selain sibuk dalam industri hiburan, semakin banyak selebriti Korea yang turut terlibat dalam dunia fesyen kini.

Sebelum ini, Kimchi Daily pernah berkongsi beberapa idola K-Pop dan pelakon di Korea Selatan yang merupakan duta bagi jenama mewah.

Kali ini, kami akan senaraikan 10 lagi selebriti di Korea Selatan yang turut dilantik sebagai duta jenama mewah, sama ada untuk fesyen, aksesori dan pelbagai lagi. Jom lihat senarai di bawah!

LEE JUNGJAE – GUCCI

lee jungjae

Selepas meraih populariti secara global menerusi siri “Squid Game”, Lee Jung-jae telah dilantik sebagai duta global untuk jenama fesyen mewah Itali iaitu Gucci. Menurut Gucci, gaya karismatik dan ikonik Lee Jung-jae adalah serupa dengan falsafah yang dibawa jenama itu, untuk sentiasa menerima kepelbagaian dan eskpresi diri.

YOON CHANYOUNG – COACH

yoon chanyoung

Semakin dikenali dek “All Of Us Are Dead”, Yoon Chan-young yang memainkan watak Lee Cheong-san dalam siri tersebut, telah dilantik sebagai duta pertama Korea untuk jenama Coach.

WONYOUNG IVE – MIU MIU

wonyoung ive

Won-young memang tidak dinafikan adalah salah seorang idola K-Pop yang sering menjadi sebutan ramai kini. Dengan kecantikannya yang sentiasa mendapat perhatian ramai, idola itu telah menjadi duta global untuk Miu Miu. Pada awal Oktober, Won-young juga telah membuat penampilan di pameran fesyen Paris untuk jenama berkenaan.

JOY RED VELVET – TOD’S

joy red velvet

Selain sibuk sebagai ahli RED VELVET dan terlibat dalam pelbagai projek lakonan, Joy juga merupakan duta Korea untuk jenama mewah Itali iaitu TOD’S dan akan bekerjasama untuk pelbagai projek pada masa hadapan.

NAM JOOHYUK – DIOR BEAUTY & DIOR MEN

nam joohyuk

Merupakan antara pelakon lelaki di Korea Selatan yang popular, Nam Joo-hyuk juga dilantik sebagai duta untuk jenama Dior bagi kategori kecantikan pada 2021 dan pakaian lelaki pada 2019.

NMIXX – LOEWE

nmixx

Membuat penampilan sulung mereka pada Februari yang lalu, kumpulan NMIXX yang bernaung di bawah JYP Entertainment kini, telah membuktikan pengaruh mereka yang luar biasa. Pada hujung September lepas, NMIXX telah diumumkan sebagai duta global bagi jenama mewah Loewe, dan ia merupakan kerjasama besar pertama kumpulan itu sejak mereka debut.

HAN SOHEE – BALENCIAGA & OMEGA

han sohee

Bukan sahaja meninggalkan pengaruh hebat dalam dunia lakonan malahan, Han So-hee juga mempunyai impak luar biasa dalam industri fesyen. Pelakon tersebut telah dilantik sebagai duta global bagi dua jenama mewah iaitu Balenciaga dan jenama jam tangan Omega. Baru-baru ini, Han So-hee juga telah menghadiri pertunjukan fesyen di Paris untuk Balenciaga, dan meraih perhatian ramai dengan ‘visual’nya yang menakjubkan.

AESPA – GIVENCHY & CHOPARD

aespa

aespa telah terbukti sebagai antara kumpulan gadis K-Pop popular apabila telah dilantik sebagai duta global kepada dua jenama mewah iaitu Givenchy dan juga jenama aksesori Chopard. Untuk pengetahuan, aespa merupakan artis K-Pop pertama yang menjadi duta jenama untuk Givenchy, dan ia telah membuktikan pengaruh hebat kumpulan itu.

JAEHYUN NCT – PRADA

nct jaehyun

Pada Jun lalu, salah seorang ahli NCT iaitu Jae-hyun, telah diumumkan sebagai duta kepada jenama mewah popular iaitu Prada. Idola itu juga telah memulakan aktivitinya sebagai duta, dengan menghadiri pameran fesyen Prada yang diadakan di Itali pada Jun lepas.

KIM DAMI – FENDI

kim dami

Kim Da-mi yang telah membintangi pelbagai naskhah popular, turut merupakan duta kepada sebuah jenama mewah. Pada Mei lepas, pelakon itu telah diumumkan sebagai duta Korea untuk jenama itali Fendi, yang mengeluarkan pelbagai barangan seperti kasut, beg tangan dan aksesori.

Memang selayaknya mereka, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...