Ikuti Kami:

Tunjuk Sisi Penyayang Sebagai Ayah, Song Joongki Ajak Peminat Cilik Bergambar Bersama

Tunjuk Sisi Penyayang Sebagai Ayah, Song Joongki Ajak Peminat Cilik Bergambar Bersama

Selepas menjadi bapa, Song Joong-ki pastinya lebih menyayangi kanak-kanak.

Terbaru pada 29 November, Song Joong-ki telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, dalam perjalanannya ke Hong Kong untuk menghadiri fesyen musim luruh lelaki 2024 buat jenama mewah Louis Vuitton.

Setibanya pelakon itu di sana, ramai wartawan dan peminat telah berkerumun untuk mengambil gambarnya dan ingin berpeluang untuk melihat sekilas pandang lelaki tersebut.

Apa yang menarik perhatian, Song Joong-ki telah mengajak seorang kanak-kanak lelaki untuk bergambar dengannya, menunjukkan sisi penyayangnya sebagai seorang ayah.

Untuk pengetahuan, pelakon “Reborn Rich” itu telah bergelar bapa selepas kelahiran anak lelakinya pada Jun lalu.

Alolo comel je!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...