Ikuti Kami:

Sangat Pemurah! Song Joongki Tawar Rakan Untuk Berbulan Madu Di Rumahnya Di Itali

Sangat Pemurah! Song Joongki Tawar Rakan Untuk Berbulan Madu Di Rumahnya Di Itali

Bukan sahaja seorang pelakon berbakat tetapi, Song Joong-ki juga turut disayangi ramai kerana sikapnya yang pemurah.

Terbaru dalam program “Same Bed, Different Dreams 2: You Are My Destiny”, pelakon Ahn Hye-kyung telah berkongsi betapa pemurahnya Song Joong-ki, yang juga merupakan pengacara di majlis perkahwinannya.

Untuk pengetahuan, Ahn Hye-kyung berkahwin dengan sinematografer Song Yo-hyun, yang terlibat dengan drama seperti “Vincenzo” yang turut dibintangi oleh Song Joong-ki.

song joongki ahn hyekyung

Bukan sahaja mengacarakan majlis tersebut malahan, Ahn Hye-kyung mendedahkan bahawa pelakon lelaki top itu turut menawarkannya bersama suaminya untuk berbulan madu di rumahnya di Rom, Itali.

Ianya hadiah hebat. Dia mencadangkan, ‘Oleh kerana kami mempunyai rumah di Rom, bagaimana jika awak berdua tinggal di sana untuk berbulan madu?’

Sambungnya lagi,

Tetapi tempat itu sepatutnya diduduki oleh kenalannya yang lain dalam tempoh yang sama, jadi dia meminta maaf dan menempah hotel buat kami di sana selama tiga hari.

Fuh gitu je tau Song Joong-ki bagi pinjam rumah dia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...