Ikuti Kami:

Ingin Tembus Pasaran Global, Song Joongki Sedih Asyik Gagal Uji Bakat Di Luar Negara

Ingin Tembus Pasaran Global, Song Joongki Sedih Asyik Gagal Uji Bakat Di Luar Negara

Sudah lama berlakon di Korea, Song Joong-ki nampaknya ingin mengembangkan lagi kerjayanya di pasaran antarabangsa.

Terbaru dalam satu temu bual, Song Joong-ki mendedahkan bahawa setakat ini, dia telah gagal menjalani hampir semua uji bakat lakonan di luar negara.

Jelas pelakon lelaki itu,

Sudah agak lama saya tidak mengikuti uji bakat kerana saya ingin bekerja di luar negara. Saya agak sedih kerana gagal semua uji bakat tetapi saya akan terus mencuba.

song joongki

Kemudian ketika ditanya uji bakat untuk filem dan watak apakah yang dia cuba, Song Joong-ki menjelaskan,

Saya diberitahu bahawa saya tidak sepatunya menyebutnya walaupun saya gagal dalam uji bakat. Saya rasa tidak sopan untuk mendedahkannya. Apa yang pasti, ada banyak projek yang mencari pelakon Asia. Terima kasih kepada pelakon senior Korea, kerana lebih banyak peluang dibuka buat kami.

Fighting Song Joong-ki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...