Ikuti Kami:

Tunjuk Bakat Terpendam, 8 Idola K-Pop Ini Punyai Kemahiran Bersukan Luar Biasa

Tunjuk Bakat Terpendam, 8 Idola K-Pop Ini Punyai Kemahiran Bersukan Luar Biasa

Selain boleh menyanyi dan menari, idola K-Pop juga jaguh bersukan tau.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan penyanyi K-Pop kesayangan ramai yang juga hebat dalam bidang sukan.

Bang Chan STRAY KIDS

Ketua kumpulan STRAY KIDS, Bang Chan telah membuktikan dirinya sebagai atlet superstar semasa menyertai acara Hari Sukan “Kingdom: Legendary War”. Melalui rancangan ini, dapat dilihat dengan mudah Bang Chan memenangi tempat pertama dalam larian 60 meter. Semua yang ada pada ketika itu sangat terkejut dan teruja dengan kebolehan terpendam yang ada pada Bang Chan.

Kazuha LE SSERAFIM 

Sebelum menjadi idola K-Pop, Kazuha merupakan bekas ballerina profesional. Dia melakukan lebih dari 80 sit-up dalam masa dua minit apabila kumpulan LE SSERAFIM itu muncul di “Idol’s Physical Race”. Kebolehannya itu mendorong jurulatih dan MC Jigi untuk mengatakan bahawa dia telah melakukan lebih baik daripada mereka sendiri. Selain itu, Kazuha juga mempunyai beberapa kekuatan dan abs yang luar biasa.

Key SHINee

Bukan sahaja mempunyai kebolehan yang menakjubkan di atas pentas, tetapi Key juga ada kemahiran menakjubkan dalam sukan ski air. Untuk pengetahuan, dia pernah bertanding dalam acara ski air semasa sekolah menengah dan mewakili bandar Daegu dalam sukan itu. Malah, terdapat rekod yang menunjukkan bahawa Key menduduki tempat pertama di peringkat kebangsaan untuk ski air pada tahun 2006 dan 2007.

Jaemin NCT 

Jae-min dulu terkenal dengan sukan luncur laju! Dia pernah bermain luncur laju di sekolah menengah dan ada juga yang mengatakan bahawa Jae-min sangat bagus sehingga selalu mendapat tempat pertama. Hal ini boleh dilihat dalam rancangan “Battle Trip”, di mana Jae-min ada menunjukkan bakatnya bermain jet surfing bersama rakannya, Jeno.

Leo VIXX

Idola K-Pop ini sangat terkenal dengan kemahiran bermain bola sepak. Leo pernah menjadi pemain bola sepak untuk pasukan junior kebangsaan Korea Selatan selama tiga tahun, 2004 sehingga 2007.

Bomi APINK

Bomi APINK mungkin kelihatan comel dan sangat lembut tetapi dia sebenarnya pemegang tali pinggang hitam dalam sukan taekwondo. Bomi pernah berkata semasa dalam rancangan “Idol Room”, dia berterima kasih kepada taekwondo kerana bermula dari situlah dia dapat mengenal pasti bakatnya dalam tarian.

Jeon Somi

Seorang lagi atlet taekwondo yang mempunyai kemahiran yang handal, iaitu Jeon So-mi. Tambahan, penyanyi Korea ini belajar ilmu seni mempertahankan diri daripada bapanya sendiri yang juga merupakan pemegang tali pinggang hitam hebat.

Jungkook BTS

Jung-kook telah mencuba dalam beberapa jenis sukan sepanjang kariernya tetapi satu yang paling menonjol ialah sukan tinju. Seperti sedia maklum, tinju adalah sukan ketahanan dan ianya sangat meletihkan serta berisiko menyakitkan. Tetapi untuk Jung-kook, dia sangat mahir dalam sukan merbahaya itu.

Wah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...