Ikuti Kami:

Bukan Sahaja Jadi Penyanyi, 6 Idola K-Pop Ini Juga Merupakan Usahawan Berjaya

Bukan Sahaja Jadi Penyanyi, 6 Idola K-Pop Ini Juga Merupakan Usahawan Berjaya

Serba boleh la artis K-Pop ni!

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 6 idola K-Pop yang bukan sahaja boleh menyanyi malah, mereka juga berbakat menguruskan hal perniagaan.

BM

idola kpop usahawan

BM merupakan penulis lagu, komposer, penerbit dan juga ahli KARD. BM ataupin Big Matthew berjaya menghasilkan jenama fesyen, Staydium pada tahun 2019. Dia mengasaskan Staydium dengan visi dan niat untuk memberikan gaya serta keselesaan kepada para penghibur industri.

Jackson Wang 

idola kpop usahawan

Ahli kumpulan GOT7 ini mempunyai perniagaan jenama pakaian mewah Team Wang Design bersama dengan Henry Cheung pada tahun 2020. Jenama pakaian ini telah dibuka di serata dunia termasuk Singapura.

Jaejoong

idola kpop usahawan

Jae-joong sebelum ini merupakan salah seorang ahli untuk kumpulan JYJ. Namun, pada tahun 2013 dia memilih untuk bergerak secara solo dan menubuhkan agensinya sendiri, iNKODE. Jae-joong berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Strategi untuk agensi itu.

G-Dragon 

idola kpop usahawan

Penyanyi popular ini melancarkan jenama fesyennya, Peaceminusone, bekerjasama dengan penggayanya Gee-eun pada 2016. Pada mulanya, ia hanyalah sekadar sebuah kedai atas talian dan tidak lama kemudian mereka berjaya menghasilkan kedai fizikal di Seoul, Miami, Osaka, London dan Hong Kong. Sementara itu, Peaceminusone juga membuat beberapa beberapa kerjasama hebat bersama dengan jenama besar seperti Ambush dan Nike.

Jin BTS

idola kpop usahawan

Jin mempunyai perniagaan kedai makanan Jepun yang agak popular di Korea. Dia dan abangnya, Kim Seok-joong, bergabung tenaga untuk membuka restoran Ossu Seiromushi  pada 2018. Mengikut halaman Instagram restoran tersebut, ia menawarkan masakan tradisional Jepun yang disajikan dalam pengukus kayu. Restoran yang indah ini terletak berhampiran Tasik Seokchon di Seoul.

Jay Park 

idola kpop usahawan

Untuk pengetahuan, Jay Park memulakan kerjaya dalam seni hiburan muzik bersama dengan kumpulan 2PM. Namun, setelah setahun bersama 2PM, penyanyi serba boleh ini memilih untuk bergerak solo. Jay Park ialah pengasas beberapa label muzik yang sangat berjaya di Korea Selatan. Antara label muzik tersebut ialah Muzik H1GHR, Roc Nation, More Vision dan Sidus HQ. Selain itu, Jay Park juga mempunyai perniagaan soju yang agak besar di Korea, iaitu Won Soju.

Bukan calang-calang ye..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...