Ikuti Kami:

Sudah Senior, 5 Kumpulan K-Pop Ini Bakal Cecah Usia 10 Tahun

Sudah Senior, 5 Kumpulan K-Pop Ini Bakal Cecah Usia 10 Tahun

Bagi peminat K-Pop, mereka pasti mengharapkan yang terbaik untuk kumpulan kegemaran masing-masing.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 5 kumpulan K-Pop yang sudah sedekad berada dalam industri muzik pada tahun 2024 nanti.

GOT7

kumpulan kpop 10 tahun 2024

Got7 membuat penampilan sulung mereka secara rasmi pada 16 Januari 2014, melalui “Mnet’s M Countdown”. Debut itu mempersembahkan single pertama Got7 iaitu  ‘Girls Girls Girls’. Tidak lama selepas penampilan sulung mereka, kumpulan itu menandatangani kontrak dengan Sony Music Entertainment Jepun dan telah membuat persembahan di hadapan 9,000 peminat.

MAMAMOO

kumpulan kpop 10 tahun 2024

MAMAMOO memulakan kerjaya dengan EP ‘Hello’ di bawah Rainbow Bridge Wall pada 18 Jun 2014 dengan empat ahli iaitu, Solar, Moonbyul, Wheein dan Hwasa. Mereka dipandang tinggi dalam industri muzik kerana bakat dan keupayaan untuk membawa pelbagai genre muzik. Daripada konsep retro, jazz, R&B kepada hip-hop yang lebih kontemporari serta balada.

LABOUM

kumpulan kpop 10 tahun 2024

LABOUM memulakan kerjaya pada Ogos 2014 di bawah NH Media sebagai kumpulan enam ahli, tetapi telah berpindah kepada Interpark Music Plus, pada September 2021. Buat masa sekarang, kumpulan Laboum sedang berehat dan tidak dibubarkan. Selain itu, sekarang hanya empat ahli yang tinggal iaitu, So-yeon, ZN, Hae-in dan Sol-bin.

RED VELVET

kumpulan kpop 10 tahun 2024

Kumpulan K-Pop wanita Red Velvet memulakan kerjaya di bawah SM Entertainment dengan single ‘Happiness’ pada 1 Ogos 2014. Pada asalnya kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli iaitu Irene, Seulgi, Wendy dan Joy, sebelum Yeri menyertai mereka pada Mac 2015. Setelah sekian lama menunggu, pada 13 November 2023 Red Velvet telah membuat kemunculan semula dengan album ‘What A Chill Kill’.

WINNER

kumpulan kpop 10 tahun 2024

WINNER pada asalnya ialah kumpulan lelaki lima ahli (Tae-hyun, Yoon, Jinu, Hoony, dan Mino) di bawah YG Entertainment dan memulakan kerjaya pada 12 Ogos 2014. Kumpulan ini ditubuhkan pada 2014 selepas memenangi rancangan realiti “WIN: Who is Next”. Namun, pada November 2016, Tae-hyun terpaksa keluar daripada kumpulan itu kerana masalah kesihatan.

Harap dorang kekal lagi lama dalam industri hiburan muzik ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...