Utama K-Pop Berbeza Dari Yang Lain, Ini 8 Kumpulan K-Pop Dianggap Sebagai Unik

Berbeza Dari Yang Lain, Ini 8 Kumpulan K-Pop Dianggap Sebagai Unik

kumpulan kpop unik

Gelombang K-Pop atau hallyu sudah semakin meluas ke seluruh dunia.

Tahukah korang ada beberapa kumpulan K-Pop yang boleh dikatogerikan sebagai kumpulan yang agak unik kerana mempunyai elemen berbeza dari kumpulan lain.

Kard

kumpulan kpop unik

Jarang kita boleh nampak kumpulan K-Pop mempunyai lelaki dan wanita dalam satu kumpulan. Untuk kumpulan ini, mereka mencipta sesuatu yang baru dengan menggabungkan dua jantina, menjadikan mereka kumpulan yang unik. Selain itu, antara lagu Kard yang mendapat perhatian peminat K-Pop ialah ‘Icky’, ‘Cake’ dan ‘Ring The Alarm’. Mereka mula membuat debut pertama pada tahun 2017 dengan lagu ‘Hola Hola’.

NCT

kumpulan kpop unik

NCT merupakan antara kumpulan K-Pop generasi ketiga yang paling popular. Ramai anak muda terutamanya gadis tergila-gilakan kumpulan ini. Apa yang membuatkan kumpulan ini ialah, mereka dibahagikan kepada 6 unit iaitu NCT U, NCT 127, NCT Dream, WayV, NCT DoJaeJung, dan NCT Tokyo. Setiap unit ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Eternity

kumpulan kpop unik

Kumpulan ini mula debut pada tahun 2021 dengan lagu ‘I Am Real’. Apa yang menarik tentang kumpulan ini ialah mereka bukan manusia! Ye, bukan manusia tetapi terdiri daripada 11 robot AI yang dicipta untuk menyanyi.

Lady

kumpulan kpop unik

Lady merupakan kumpulan pertama yang ahlinya semua adalah transgender. Ia mungkin kedengaran satu diskriminasi untuk para wanita di seluruh dunia, tetapi inilah kebenarannya. Walaubagaimanapun, ada sesetengah peminat K-Pop tidak menerima kewujudan kumpulan ini. Mereka membuat debut pertama pada tahun 2005 dengan album mini ‘Attention’, namun disebabkan tidak mendapat sambutan, kumpulan ini dibubarkan.

BLACKPINK

kumpulan kpop unik

Pada tahun 2016, dunia seni hiburan K-Pop diwarnai oleh kumpulan gadis baharu meletup iaitu BLACKPINK. Mereka terkenal sebagai kumpulan gadis K-Pop Korea paling berjaya di peringkat antarabangsa. Tambahan, BLACKPINK tiada ketua kumpulan walaupun mereka berempat mempunyai potensi untuk mengetuai. Hal ini kerana, syarikat mahu mereka bekerjasama dan menyokong masing-masing tanpa ada ketua.

Blackswan

kumpulan kpop unik

Apa yang unik tentang Blackswan ialah, ia merupakan kumpulan gadis multinasional berpangkalan di Korea Selatan yang ditubuhkan oleh DR Music. Sehingga 2023, kumpulan itu terdiri daripada Fatou, Leia, Gabi, Sriya dan NVee. Mereka pada asalnya memulakan kerjaya dengan nama Rania pada tahun 2011 sebelum ditukar kepada Blackswan pada tahun 2020.

Luar biasa.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYouTube
Loading...