Ikuti Kami:

“Tunggu Watak Go Younjung” – tvN Sahkan Jung Somin Tiada Dalam Bahagian 2 ‘Alchemy Of Souls’

“Tunggu Watak Go Younjung” – tvN Sahkan Jung Somin Tiada Dalam Bahagian 2 ‘Alchemy Of Souls’

Nampaknya harapan penonton untuk melihat Jung So-min kembali dalam bahagian kedua “Alchemy Of Souls” punah dengan kenyataan baru yang dikeluarkan tvN.

Terbaru, wakil daripada sluran itu mengesahkan bahawa watak yang dilakonkan wanita itu sudah pun dimansuhkan. Katanya,

Watak Mu-deok telah ‘dibatukan’ setelah identiti sebenarnya didedahkan lantas Jung So-min tidak akan muncul dalam bahagian kedua. Sila saksikan siaran nanti bagi menyaksikan watak apa yang dibawa Go Youn-jung untuk bahagian kedua.

Untuk pengetahuan, Go Youn-jung membawa watak Nak-su di mana rohnya ditukar masuk ke dalam jasad Mu-deok pada awal tayangan.

tvn alchemy of souls

Tambahnya,

Watak Jung So-min tidak lagi muncul dalam bahagian kedua kerana ianya penting untuk perkembangan cerita dan perkataan ‘pelakon ganti’ adalah tidak berasas.

Sepertinya dek lahiriah drama itu, roh yang bertukar dalam jasad merupakan aliran semula jadinya jadi memang akan ada perubahan watak mengikut plot asal.

Dalam pada itu, bahagian kedua ini akan dipanggil “Alchemy Of Souls: Light & Shadow” di mana penting untuk menyaksikan sekiranya Jang Uk mengenali Nak-su yang kembali ke badan asalnya. Ianya sedang dalam penggambaran kini dan bakal bersiaran pada Disember nanti dengan 10 episod sahaja.

Hmmm.. tak best lah kan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...