Ikuti Kami:

Kongsi Teaser Bahagian Kedua, Episod Akhir ‘Alchemy Of Souls’ Raih Rating Tinggi

Kongsi Teaser Bahagian Kedua, Episod Akhir ‘Alchemy Of Souls’ Raih Rating Tinggi

Sedihnya sebab bahagian pertama “Alchemy Of Souls” sudah pun melabuhkan tirai kelmarin.

Sinopsis

Drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen, sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah atau di peta. Cerita ini mengikuti watak utama yang nasibnya menjadi berpintal kerana sihir yang menukar jiwa orang.

Permulaan baru

[Amaran SPOILER]

Tidak dapat melawan takdir, Jang Uk (Lee Jae-wook) menemui ajalnya manakala Mu-deok (Jung So-min) berjaya melarikan diri daripada dikejar semasa sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan mereka. Pun begitu, wanita itu turut hilang sedikit demi sedikit dari rupa asalnya dan memilih untuk terjun ke dalam lautan.

tvn alchemy of souls

Pun begitu, penonton dikejutkan dengan kesudahan di mana Jang Uk kembali daripada pengebumiannya dek kuasa Lee Cheol (Im Chul-soo).

Semakin mengujakan apabila “Alchemy Of Souls” turut menyelitkan klip pendek untuk bahagian kedua drama itu di mana ia akan menemui penonton pada Disember nanti. Dalam sedutan tersebut, dapat dilihat Go Youn-jung kembali dengan watak Nak-su namun tidak kelihatan watak Jung So-min bersama mereka.

tvn alchemy of souls

Rating tinggi

Untuk episod terakhir ini, “Alchemy Of Souls” berjaya meraih rating tinggi dengan catatan 9.2%. Pun begitu, ia tidak mampu melepasi rekod terbaiknya iaitu 9.3% yang dicapai pada minggu lalu.

Excited tak nak tengok bahagian kedua nanti?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...