Ikuti Kami:

Tular ‘Video Call’ Dek Mengidam, Song Joongki Diumum Duta Produk Kecantikan Pelakon Indonesia

Tular ‘Video Call’ Dek Mengidam, Song Joongki Diumum Duta Produk Kecantikan Pelakon Indonesia

Pastinya semua ingat mengenai pelakon Indonesia, Felicya Angelista yang dapat bercakap dengan Song Joong-ki menerusi satu video call baru- baru ini.

Katanya kerana mengidam, suaminya Caesar Hito, sanggup bersusah-payah mengabulkan impian tersebut demi isteri tercinta.felicya song joongkiTerbaru, wanita itu telah mendedahkan teaser bagi memperkenalkan duta baru buat produk kecantikan miliknya. Siapa sangka orang itu ialah Song Joong-ki sebenarnya. Hal tersebut lantas membuatkan ramai yang teruja dengan pencapaian hebat Felicya kerana mampu mengambil pelakon Korea popular itu sebagai jurucakap produk tersebut.

Disebabkan oleh itu, ramai yang menebak perbualan mereka yang dimuat naik tempoh hari tanpa suara adalah kerana mereka ada mengungkap mengenai pelantikan tersebut. Bahkan mungkin berita yang tular itu adalah salah satu cara untuk mereka mempromosikan bisnes berkenaan.

Apa pun, memang dahsyat betul Felicya kerana mampu ‘grab’ Song Joong-ki sebagai duta. Mesti tak murah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...