Ikuti Kami:

Suami Layan Ragam Mengidam, Netizen Malaysia Cemburu Pelakon Indonesia ‘Video Call’ Song Joongki

Suami Layan Ragam Mengidam, Netizen Malaysia Cemburu Pelakon Indonesia ‘Video Call’ Song Joongki

Wanita mengandung kadang-kadang boleh tahan mengidamnya kan? Sama lah seperti pelakon Indonesia, Felicya Angelista yang teringin betul nak bersembang dengan Song Joong-ki.

Namun bukan sekadar impian kosong, hasratnya itu berjaya dikabulkan dek sokongan kuat oleh suaminya sendiri, Hito Caesar. Lelaki itu berusaha kerasa dan menghubungi rakannya di Korea bagi merealisasikan permintaan isteri kesayangan itu.

Menerusi entri di laman Instagram, Felicya ternyata tergamam apabila bertentang mata dengan Song Joong-ki menerusi satu panggilan video.

felicya song joongki

Hamil enam bulan, wanita itu menyatakan bahawa Song Joong-ki sanggup meluangkan masa sebentar untuk bersembang dengannya meskipun sedang sibuk dengan penggambaran.

Saya suka sangat sampai tak tahu nak cakap apa… hilang kata-kata kerana salah satu impianku tercapai.Ternyata mengidam saya kesampaian guys, bukan cuma video tapi panggilan video dan dia berada di lokasi penggambaran. Dia sanggup keluar sebentar, mungkin semasa itu dia berehat atau mekap. Tapi dia masih sempat video call saya!

Wanita itu tidah henti-henti mengucapkan terima kasih buat suami serta rakan suaminya yang berusaha keras bagi menjadikan impiannya itu sebagai satu kenyataan.

Rata-rata peminat meluahkan rasa cemburu buat Felicya selain berharap agar suami mereka akan berusaha keras seperti Hito.

Kalau lelaki aku tak macam ni, aku tak nak kahwin.

 

Aku yang tak mengandung pun mengidam.

 

Mana nak cari suami macam ni?

 

Nak mengidam cakap dengan Kim Seon-ho lah nanti.

 

Lain macam mengidam dia.

 

Harap suami aku bagi nak mengidam Lee Seung-gi nanti.

Kalau korang, teringin nak cakap dengan siapa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...