Utama Tempatan Tular Hingga Media Korea, Penyanyi Malaysia Ini Beri Respon Lepas Dipuji Seiras...

Tular Hingga Media Korea, Penyanyi Malaysia Ini Beri Respon Lepas Dipuji Seiras Lisa BLACKPINK

lisa jeryl

Ramai rupanya yang memiliki wajah yang saling tak tumpah dengan Lisa BLACKPINK!

Terbaru, penyanyi Malaysia iaitu Jeryl Pei Ling (23) telah mendapat perhatian atas talian sebagai ‘si kembar Lisa’. Dia mula dikenali sebagai finalis program realiti “Sing! China” pada 2016. Wanita itu kemudiannya memenangi rancangan “The Next 2023” pada bulan lalu.

Bukan hanya kerana bakatnya, Jeryl juga sering disebut ramai kerana wajahnya yang seiras ahli BLACKPINK berasal dari Thailand itu. Malah ada yang menggelarnya ‘Lisa Malaysia’ dan ada yang menyangka dia adalah Lisa sebenar.

lisa jeryl

Berkaitan gelaran itu, jawab Jeryl,

Saya mengambilnya sebagai pujian tapi.. rakan saya tak menganggap wajah saya kelihatan seperti Lisa. Tapi orang yang pertama kali berjumpa mungkin akan menyangka saya ada iras dengannya sekilas.

Ada iras tak korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTV Report
Loading...