Ikuti Kami:

“Tulang Rusuk Dia Patah..” – Im Siwan Puji Dedikasi T.O.P Untuk ‘Squid Game 2’

“Tulang Rusuk Dia Patah..” – Im Siwan Puji Dedikasi T.O.P Untuk ‘Squid Game 2’

Baru-baru ini, Im Si-wan telah terlibat dalam satu temu bual, di mana dia ada menceritakan pengalamannya bekerja dengan T.O.P dalam “Squid Game 2”.

Khususnya, Im Si-wan menyebut tentang proses rakaman babak aksinya bersama T.O.P dan turut mendedahkan komitmen luar biasa lelaki itu,

Kami menghadiri sekolah aksi bersama-sama. Kami berdua melakukan habis-habisan dalam adegan aksi dan ada saat di mana kami berdua ke udara semasa adegan jatuh. Ketika itulah T.O.P patah tulang rusuknya.

Sambungnya lagi dengan memuji bekas ahli BIGBANG itu,

Saya pernah patah tulang rusuk sebelum ini, jadi saya tahu betapa perit dan sakitnya. Awak tak boleh bernafas dengan betul pada ketika itu dan awak patutnya berhenti tetapi T.O.P tetap teruskan sahaja. Ketika itu saya sedar pengalamannya memang berada pada tahap yang lain.

Selain itu mengenai reaksi pra-kontra penonton terhadap lakonan T.O.P, Im Si-wan memberi respon,

Lakonan adalah subjektif jadi pasti ada pendapat yang berbeza. Apa yang saya tahu ialah jika saya terpaksa memainkan watak Thanos, saya tak boleh melakukannya sebaik yang dia lakukan.

Cayalah T.O.P!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...