Selain T.O.P, Pengarah Dedah Ada Terfikir Untuk Ambil Penyanyi Ini Bawa Watak Thanos Dalam ‘Squid Game 2’
- oleh Fareen
- 1 tahun lalu
Sebelum T.O.P, rupanya ada juga calon lain yang dipilih untuk memainkan watak sebagai Thanos dalam “Squid Game 2”.
Dalam satu temu bual, pengarah Hwang Dong-hyuk bercerita bagaimana dia akhirnya memutuskan T.O.P untuk membawa watak sebagai Thanos,
Pada awalnya, watak itu tidak dicipta untuk Choi Seung-hyun (nama sebenar T.O.P). Saya hanya ingin mempamerkan masalah yang dihadapi oleh golongan muda seperti Bitcoin dan dadah.

Selain itu, pengarah turut mendedahkan bahawa dia juga ada memikirkan orang lain untuk mengambil watak terseut,
Saya juga terfikir untuk memberikan watak itu kepada seseorang seperti penyanyi rap Swings, tetapi saya rasa saya akan susah untuk mempercayai kemahiran lakonan mereka.
Namun selepas melihat potensi T.O.P ketika sesi uji bakat, Hwang Dong-hyuk akui bahawa dialah yang paling sesuai untuk menghidupkan watak Thanos.
Pilihan mantap!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




