“Running Man” memulakan tahun 2023 dengan ‘letupan’ apabila berjaya menjemput pelakon bertaraf internasional sebagai tetamunya iaitu Donnie Yen.
Sudah beberapa minggu mempromosikan episod berkenaan, penonton nyata teruja apabila program itu menayangkan kolaborasi tak dijangka itu kelmarin.
Dengan masa yang singkat akibat jadual Donnie Yen yang padat, mereka hanya sempat bersembang seketika, menunjukkan kemahiran mempertahankan diri legenda itu selain bermain bola tampar kaki sebentar sebelum Jang Hyuk dipilih sebagai pemenang yang menerima hadiah khas dari pelakon Hong Kong itu.
Walaupun disambut hangat namun penonton sepertinya tidak berpuas hati dengan rakaman “Running Man” bersama Donnie Yen. Katanya, pihak produksi program itu mensia-siakan peluang keemasan ini dengan segmen yang membosankan.
Malah ada yang mengkritik pengarah Choi Hyung-in kerana kekurangannya dalam merencana episod tersebut supaya menjadi satu tayangan ‘legenda’ dalam sejarah “Running Man”,
Adakah pasukan produksi bekerja selama seminggu, atau adakah mereka bekerja pun? Tahap perancangan dibuat dalam sejam sangatlah..
Kembalikan Jung Chul-min..
Tolong tukar yang baru.. pengarah sekarang tak berkebolehan langsung..
Berhentilah main bola tampar kaki setiap kali tak tahu nak bermain apa.. Padahal tahu yang ahli wanita tak pandai bermain..
Apa pendapat korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉