Ikuti Kami:

“Bawa Lee Kwangsoo Kembali Kalau Nak Rating Naik Semula” – Peminat ‘Running Man’

“Bawa Lee Kwangsoo Kembali Kalau Nak Rating Naik Semula” – Peminat ‘Running Man’

Sedar tak sedar, sudah 13 tahun rupanya “Running Man” ditayangkan di SBS dan menceriakan hari Ahad semua.

Meskipun cuba melakukan perubahan dengan mengubah permainan dan menambah ahli baru seperti Yang Se-chan dan Jeon So-min selain membawa pengarah baru, namun program berkenaan sukar untuk mencapai rating tinggi seperti yang pernah direkodkan suatu ketika dahulu.

Pun begitu, peminat setia yang menonton “Running Man” sejak awal tidak putus harapan dan terus menyaksikan saban episodnya sehingga kini.

Walaubagaimanapun, ada segelintir yang kekal tidak berpuas hati dan terus meminta Lee Kwang-soo dikembalikan bagi memeriahkan semula rancangan itu. Malah peminat ini sering meninggalkan komen berkenaan di setiap posting “Running Man” di Instagram.

Seperti dalam entri terbaru ini, komen mereka,

Bawa Lee Kwang-soo sebagai tetamu.

 

Walaupun sudah lama tapi bawa kembali Lee Kwang-soo bagi menaikkan rating ‘Running Man’. Lee Kwang-soo ialah keluarga.

 

Kembalikan Lee Kwang-soo.

 

Saya harap ‘Running Man’ jemput Lee Kwang-soo sebagai tetamu. Saya rindukannya.

lee kwangsoo running man

Hmmm… mungkin dah boleh ‘move on’ kot..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...