Ikuti Kami:

“PD Wanita Tak Best..” – Rating 2%, Penonton Marah Lihat Episod Terbaru ‘Running Man’ Sebab Hal Ini

“PD Wanita Tak Best..” – Rating 2%, Penonton Marah Lihat Episod Terbaru ‘Running Man’ Sebab Hal Ini

Kejayaan sesebuah program itu sebenarnya terletak atas sokongan penonton, setuju tak?

Terbaru, “Running Man” telah dipilih sebagai ‘Program Terbaik’ di “SBS Entertainment Awards 2023” di mana undian dilakukan oleh penonton saluran berkenaan. Ketika berucap, pengarah Choi Hyung-in menjanjikan kandungan yang lebih menarik dalam episod akan datang selain terus menguar-uarkan kekosongan ‘tetamu sewaan’ buat semua.

Walau bagaimanapun, penonton program tersebut meluahkan rasa tidak puas hati apabila melihat siaran episod terakhir untuk tahun 2023. Komen penonton mengenai siaran itu,

Siaran kelmarin dipromosikan sebagai acara dengan tetamu yang ramai. Rupanya ia hanyalah tayangan semula klip lama. Ramai tak kan marah kalau mereka membatalkan sahaja tayangan atau mengumumkan siaran ulangan semula.

running man

Komen yang lain,

Peminat ‘Running Man’ menantikan hari anugerah betul-betul, rupanya siaran ulangan je.

 

Kembali lah Bo-pil (pengarah lama).

 

Bukan sebab gender, tapi pengarah perempuan tak kelakar.

 

Yakin betul masa bagi ucapan tapi..

 

Rancangan hiburan patut dihasilkan oleh lelaki.

Dalam pada itu, siaran ini hanya mampu meraih rating dalam lingkungan 2% sahaja. Malah ramai yang hampa memandangkan ini ialah siaran akhir untuk 2023, namun “Running Man” sepertinya melepaskan batuk di tangga sahaja.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...