Ikuti Kami:

‘Running Man’ Beri Klu Bakal Ambil Shin Yeeun Sebagai Pengganti Jeon Somin?

‘Running Man’ Beri Klu Bakal Ambil Shin Yeeun Sebagai Pengganti Jeon Somin?

Semakin hari, semakin banyak khabar angin berterbangan mengenai ahli baru “Running Man”.

Sepertinya rancangan itu memberikan klu bahawa mereka mahukan pelakon wanita ini sebagai ahli terbaru mereka bagi menggantikan tempat Jeon So-min yang mengundurkan diri pada Oktober lalu atas sebab peribadi.

Dalam tayangan episod terbaru “Running Man”, mereka telah memberikan anugerah buat beberapa tetamu yang menunjukkan persembahan menakjubkan ketika bersama mereka.

Antara anugerah yang menarik perhatian ramai ialah ‘Ahli Baru Yang Dimahukan’ di mana mereka memberikannya buat Shin Ye-eun. Semasa penggambaran istimewa di Singapura, pelakon tersebut menerima pujian kesemua ahli kerana pe’el kelakarnya.

running man

Malah dia juga tidak segan untuk menghiburkan semua dengan tarian kaku bersama ekspresi wajah yang lawak. Dia juga berjaya membina ‘hubungan cinta’ baru bersama Yang Se-chan di mana dahulunya ia merupakan tugas Jeon So-min.

Ketika episod itu, Yoo Jae-suk berkata,

Awak dah lakukan yang terbaik. Bagus Shin Ye-eun.

Dengan siaran ini, ramai yang menganggap pihak produksi rancangan ini memberikan klu bahawa mereka bakal mengambil Shin Ye-eun sebagai ahli baru “Running Man”

Sama-sama kita nantikan~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...