Ikuti Kami:

Tukar Kerjaya, Ini 5 Idola K-Pop Kurang Aktif Dalam Bidang Nyanyian

Tukar Kerjaya, Ini 5 Idola K-Pop Kurang Aktif Dalam Bidang Nyanyian

Adakah selebriti ini sudah tak berminat nak menyanyi?

Jom baca perkongsian KimchiDaily tentang 5 idola K-Pop yang tidak lagi aktif menyanyi tetapi mempunyai kerjaya dalam bidang lain.

Jessica

idola kpop tinggalkan dunia nyanyian

Pada asalnya ahli Girls’ Generation, Jessica memulakan kerjaya dengan kumpulan itu pada 2007. Dia memulakan perniagaan pakaiannya sendiri, Blanc & Eclare pada 2014. Disebabkan konflik penjadualan dan keadaan yang padat, Jessica membuat keputusan untuk meninggalkan Girls’ Generation dan telah memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya perniagaannya.

Dongho  

idola kpop tinggalkan dunia nyanyian

Dong-ho merupakan ahli kumpulan U-Kiss yang membuat debut pertama pada tahun 2009. Selain menyanyi, dia juga sangat aktif dalam bidang lakonan. Namun, setelah bertahun-tahun menjadi pelakon dan penyanyi, Dong-ho memutuskan untuk berhenti pada tahun 2013.

Dong-ho berkahwin pada tahun 2015 dan memilih untuk menjadi DJ di bawah kendalian DJ Justin.

Kibum

idola kpop tinggalkan dunia nyanyian

Ki-bum memulakan kerjaya dengan Super Junior pada tahun 2005. Dia terus bersama dengan kumpulan itu sehingga mereka mengeluarkan lagu ‘Sorry Sorry’ pada tahun 2009. Walaubagaimanapun, dia tidak menghadiri sebarang promosi yang dilakukan untuk lagu itu.

Ki-bum ada menafikan meninggalkan kumpulan itu sehingga kontraknya dengan SM Entertainment tamat pada 2015. Sejak itu, Ki-bum menumpukan perhatian kepada kerjaya lakonannya di Korea dan China.

Hyeri

idola kpop tinggalkan dunia nyanyian

Hye-ri memulakan debut pertamanya bersama dengan kumpulan Girl’s Day pada tahun 2010. Selepas pembubaran kumpulan Girl’s Day, Hye-ri dapat memberi sepenuh tumpuannya kepada bidang lakonan dan telah mendapat pelbagai tawaran menjadi bintang utama K-Drama.

Rowoon

idola kpop tinggalkan dunia nyanyian

Selain menyanyi, Rowoon juga mempunyai bakat untuk menjadi pelakon semasa memulakan kerjaya bersama kumpulan SF9. Kerjaya lakonannya dalam siri televisyen bermula dengan “School 2017” dengan hanya memegang watak pelakon pembantu. Selepas penampilannya itu, dia mula menerima peranan yang lebih besar.

Selepas mendapat banyak tawaran berlakon, Rowoon memutuskan untuk keluar daripada kumpulan SF9. Hal ini kerana , dia ingin fokus sepenuhnya dalam bidang lakonan.

Itu yang terbaik untuk dorang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...