Ikuti Kami:

Panas! Ini Antara 5 Idola K-Pop Menjadi Bualan Hangat Kerana Dilanda Kontroversi Pada 2023

Panas! Ini Antara 5 Idola K-Pop Menjadi Bualan Hangat Kerana Dilanda Kontroversi Pada 2023

Setiap tahun mesti ada sahaja kontroversi yang melanda selebriti.

Baca perkongsian KimchiDaily tentang kontroversi K-pop yang terhangat pada tahun 2023 setakat ini.

G-Dragon 

kontroversi kpop terhangat 2023

Baru-baru ini, sekali lagi industri nyanyian Korea telah dikejutkan dengan berita selebriti dan penyalahgunaan dadah. Selepas skandal terbesar yang melibatkan Seung-ri, bekas ahli BIGBANG, G-Dragon pula kena tempias. Ikon rap itu kini sedang menjalani siasatan atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Penyanyi kacak itu menafikan bahawa dia terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah dan bakal menghadiri perbicaraan di atas pertuduhan itu.

ENHYPEN 

Setelah sekian lama, pada 22 Mei, ENHYPEN melancarkan kemunculan semula yang paling ditunggu-tunggu ‘Bite Me’ sebagai lagu utamanya. Walaupun ramai peminat menikmati lagu tersebut, ada yang tidak berpuas hati dengan pilihan koreografi atas beberapa sebab sehingga menjadikannya antara senarai kontroversi K-Pop pada tahun ini.

Memandangkan koreografi ‘Bite Me’ memaparkan persembahan tarian yang menggoda, terutamanya yang melibatkan wanita, mereka mendapat banyak kritikan. Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih teruk apabila peminat mula meluahkan rasa tidak puas hati dengan menghantar trak protes di hadapan HYBE LABELS.

Kai EXO 

Pada 3 Mei, SM Entertainment mengeluarkan satu kenyataan mengumumkan kemasukan tentera secara tiba-tiba idola itu. Memandangkan Kai sedang dalam persiapan untuk kemunculan semula dengan EXO, peminat berasa keliru. Walaupun agensi itu cuba menutupnya sebagai sesuatu yang terhasil akibat perubahan peraturan oleh Pentadbiran Tenaga Kerja Tentera, ia kemudiannya terbukti sebagai fakta palsu.

Pengambilan tentera secara tiba-tiba itu dibuat oleh seorang warga lelaki Korea tanpa pengetahuan Kai dan ini secara automatik mendesaknya untuk menyertai tentera dengan tergesa-gesa. Oleh itu, peminat berasa marah dengan pengurusan yang lemah dan layanan buruk terhadap artis mereka.

Bang Chan Stray Kids

Satu lagi kontroversi K-Pop yang membingungkan fandom berlaku semasa siaran langsung mingguan Bang Chan, ‘Chan’s Room’.  Idola itu bercakap tentang kelakuan kumpulan hoobae (junior) dan topik ini telah menarik perhatian peminat. Memandangkan budaya hormat kepada orang yang lebih tua dan warga emas adalah tradisi yang dianuti secara ketat dalam budaya Korea, Bang Chan menyatakan bahawa ada kumpulan tertentu gagal melakukan perkara itu.

Justeru hal ini membuatnya sangat kecewa. Dengan butiran minimum yang didedahkan oleh idola itu, peminat membuat spekulasi bahawa ia berlaku semasa Music Band Festival yang berlangsung di Paris, dan kumpulan yang dirujuknya berkemungkinan besar adalah IVE.

Heechul Super Junior 

Pada 9 Februari lalu, Heechul Super Junior menyertai siaran langsung BJ Choi Goon, di mana idola itu telah dikritik kerana beberapa perkara yang berlaku semasa siaran langsung. Dia mendapat perhatian daripada netizen kerana memaki hamun laman web feminis Yeoseong Shidae.

Selain itu, dia juga mendedahkan bahawa dia secara sukarela memilih untuk tidak menyertai jadual Super Junior di luar negara untuk menghadiri majlis hari jadi BJ Choi Goon. Tambahan dia juga ada mengejek peminat Cha Eun-woo dengan menyifatkan selebriti itu agak sombong dan ganas.

Hmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...