Gaya terkini Hyun-suk TREASURE dikritik netizen.
Pada 10 April, TREASURE telah membuat kemunculan di satu acara anugerah yang diadakan di Jepun. Di mana, kumpulan itu menjadi perbualan netizen di media sosial disebabkan oleh penampilan mengejutkan ketua kumpulan tersebut iaitu Hyun-suk.
Tampil dengan rambut berwarna hijau neon dan bibir yang bertindik, penyanyi itu kelihatan lebih menonjol berbanding dengan ahli yang lain. Malah, penampilannya itu juga lari daripada penampilan idola-idola yang lain.
Dalam masa yang sama, penampilan terkini Hyun-suk itu turut dikritik netizen yang rata-ratanya menuduh penyanyi itu meniru gaya G-Dragon dan Mino WINNER.
Komen netizen,
Saya peminat YG dan sejujurnya, Hyun-suk nampak sangat nak tiru GD dan Song Mino.
Gaya ni nampak elok pada GD dan Mino, tapi ianya nampak sangat tak sesuai pada Hyun-suk.
Kenapa dia nak sangat kelihatan seperti orang lain?
Tak sesuai langsung gaya ni dengan dia.
Dia nampak sangat berlagak..
Daripada cuba nak jadi GD, baik dia fokus perbaiki persembahan dia.
Saya dengar dia pernah kena marah sebab cuba nak ubah tarian kumpulan ikut gaya sendiri?
Tak cantik langsung!
Apa pendapat korang dengan gaya baru Hyun-suk?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.