Ikuti Kami:

“Siapa Stylist Mereka?” – Mengejutkan, Gaya Rambut Hyunsuk TREASURE Di Anugerah MAMA Dikritik

“Siapa Stylist Mereka?” – Mengejutkan, Gaya Rambut Hyunsuk TREASURE Di Anugerah MAMA Dikritik

Penampilan Hyun-suk di anugerah MAMA telah mendapat perhatian ramai.

Sejak beberapa bulan yang lalu, Hyun-suk TREASURE telah melakukan pelbagai perubahan gaya yang membuatkan peminat tidak berpuas hati dengan gaya yang dipilihnya.

Berbeza dengan gayanya yang sebelum ini, baru-baru ini Hyun-suk telah berkongsi foto gaya rambut perang yang diluntur dengan dagu yang bertindik.

Walaupun rata-rata peminat berharap agar gaya itu hanya bertahan buat sementara waktu sahaja, penampilan Hyun-suk di anugerah MAMA telah membuatkan peminat serta netizen terkejut.

Di mana, ketua kumpulan TREASURE itu telah menggayakan rambutnya dengan gaya ‘Box Braids’ yang sering dilakukan oleh lelaki berkulit gelap.

hyunsuk

Kebanyakan peminat dan netizen berasa kecewa dengan penatas rias yang menggayakan penyanyi itu serta menggesa YG Entertainment untuk menukar penata rias kumpulan tersebut dengan secepat mungkin.

Rata-rata komen peminat adalah,

Saya rasa kasihan dengan peminat mereka.

 

Macam mana dia boleh jadi macam ni?

 

Gaya dia yang dulu lagi kacak.

 

Peminat dia mesti tengah marah sekarang sebab dia nampak sangat lain.

 

Memalukan betul! Siapa penata rias mereka?

 

Saya tak tahu dah nak cakap apa lepas tengok gambar ni.

Ala…Hyun-suk nampak lagi kacak kalau buat rambut hitam balik macam dulu kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...