Ikuti Kami:

“Kami Masih Lagi Berkawan” – Bang Yedam Dedah Sebab Tinggalkan TREASURE

“Kami Masih Lagi Berkawan” – Bang Yedam Dedah Sebab Tinggalkan TREASURE

Bang Ye-dam telah mengesahkan bahawa dia dan ahli TREASURE yang lain masih lagi saling menghubungi.

Bang Ye-dam yang baru sahaja kembali sebagai penyanyi solo telah ditemu bual oleh pihak media di mana dia telah menceritakan banyak perkara termasuk sebab mengapa dia meninggalkan syarikat YG Entertainment dan juga TREASURE.

Katanya ketika ditemu bual,

Sejak saya jadi pelatih lagi saya dah bayangkan penyanyi jenis apa yang saya nak jadi dan muzik apa yang saya nak buat. Saya debut sebagai ahli kumpulan idola dan saya juga banyak belajar dan merasai perkara baru.

Tambahnya,

Tapi ianya seakan-akan menghalang impian saya daripada tercapai. Saya tak bebas untuk membuat muzik yang saya suka. Walaupun bekerja bersama TREASURE buat saya gembira dan seronok, namun saya tak rasa yang saya boleh 100% bahagia.

yedam treasure

Adunya lagi,

Saya dan ahli-ahli TREASURE yang lain masih lagi berkawan. Kami sering hubungi satu sama lain. Walaupun mereka agak terkejut masa saya buat keputusan untuk keluar, tapi sekarang mereka dah faham keadaan saya dan sentiasa menyokong saya.

Mana tahu lepas ni Ye-dam tiba-tiba berkolaborasi dengan TREASURE kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...