Ikuti Kami:

“Di Mana Dokdo?” – Konsert Jelajah Treasure Di Jepun Terpalit Kontroversi?

“Di Mana Dokdo?” – Konsert Jelajah Treasure Di Jepun Terpalit Kontroversi?

Apa jadi ni?

Baru-baru ini, kumpulan TREASURE yang baru sahaja membuat kemunculan semula dengan album penuh kedua mereka pada bulan Julai lalu telah mengeluarkan jadual konsert jelajah ‘REBOOT’ di Jepun yang bakal diadakan pada tahun hadapan semasa perjumpaan peminat ‘HELLO AGAIN’ di Jepun.

 

Mereka telah merancang untuk mengadakan konsert jelajah itu di tujuh wilayah di Jepun, dari Fukuoka pada 6 Januari 2024 hingga 23 Februari 2024 di Hiroshima.

Namun, sejurus selepas jelajah itu diumumkan timbul kontroversi dimana ‘Dokdo’ tidak kelihatan dan hilang dari peta Korea dan Jepun yang digunakan dalam poster jelajah tersebut.

Treasure tour

Rata-rata penduduk Korea bingung apabila Dokdo tidak kelihatan di peta yang digunakan sedangkan pulau-pulau lain seperti Pulau Jeju dan Ulleungdo di Korea serta Pulau Tsushima di Jepun ada di dalam poster tersebut.

Terlebih dahulu, Jepun pernah mendakwa Dokdo sebagai salah satu wilayahnya selama 19 tahun dan perkara itu telah menjadi kontroversi di kalangan penduduk Korea.

Ada juga yang mengatakan bahawa pihak TREASURE dengan sengaja mengecualikan Dokdo dari poster tersebut kerana ingin menjaga reaksi penduduk Jepun ketika mempromosikan diri mereka di sana.

Apa-apa pun diharapkan pihak TREASURE dapat selsesaikan kontroversi ini dengan secepat mungkin.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...