Ikuti Kami:

TREASURE Umum Bakal Kembali Temui Peminat Di Malaysia Dalam Konsert Jelajah ‘2024 Relay Tour [Reboot]’

TREASURE Umum Bakal Kembali Temui Peminat Di Malaysia Dalam Konsert Jelajah ‘2024 Relay Tour [Reboot]’

Berita gembira buat peminat TREASURE di Malaysia!

Terkini, syarikat TREASURE iaitu YG Entertainment telah mengumumkan bahawa kumpulan itu bakal kembali melakukan konsert jelajah dunia mereka “2024 TREASURE Relay Tour [REBOOT]”.

Kumpulan yang sedang mengadakan konsert jelajah Jepun itu akan kembali menemui peminat di beberapa buah tempat di sekitar Asia seperti Manila, Hong Kong, Bangkok, Jakarta dan juga Kuala Lumpur.

Terlebih dahulu pada Mac 2023, TREASURE telah melakukan konsert jelajah “HELLO TOUR” di stadium Malawati, Shah Alam. Disebabkan mendapat sambutan yang baik oleh peminat di Malaysia, kumpulan itu akan kembali melakukan konsert di lokasi yang lebih besar.

Konsert yang paling dinantikan oleh Teume (kelab peminat TREASURE) ini akan diadakan pada 22 Jun 2024 bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur dan segala maklumat mengenai pembelian tiket akan diberitahu kelak dari semasa ke semasa.

Korang dah sedia ke belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...