Ikuti Kami:

TREASURE Teruskan Promosi Kumpulan Tanpa Bang Yedam & Mashiho

TREASURE Teruskan Promosi Kumpulan Tanpa Bang Yedam & Mashiho

TREASURE dikhabarkan akan meneruskan promosi kumpulan tanpa Bang Ye-dam dan Mashiho. Serius lah?

Perkara itu disahkan sendiri apabila agensi mereka, YG Entertainment tampil memberikan kenyataan serta berkongsi mengenai pelan promosi mereka sepanjang 2022.

Helo, ini YG Entertainment.

Kami ingin memaklumkan secara ringkas TREASURE MAKERS tentang rancangan promosi TREASURE.

Awal tahun ini, TREASURE mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mempromosikan sebagai 10 ahli buat sementara waktu kerana masalah peribadi dan kesihatan. Kini, telah diputuskan bahawa TREASURE akan terus mempromosikan sebagai 10 ahli daripada kemunculan semula musim panas kumpulan itu, ke jelajah konsert mereka, yang dijadualkan berlangsung sehingga akhir tahun 2022.

Di sebalik kesukaran dalaman dan kekecewaan peminat, 10 ahli TREASURE bakal melakukan yang terbaik untuk memastikan peminat tidak menyedari ketiadaan kedua-dua ahli semasa membuat persiapan untuk promosi baharu mereka.

TREASURE akan meraikan ulang tahun ke-2 mereka pada Ogos ini, dan oleh itu, mereka merancang untuk menyapa peminat tidak lama lagi dengan lagu dan imej yang lebih baik.
Sila hantarkan sokongan hebat anda untuk 10 ahli TREASURE yang akan menyambut TREASURE MAKER tidak lama lagi, termasuk Hyun-suk, Ji-hoon, Yo-shi, Jun-kyu, Jae-hyuk, Asahi, Do-young, Haruto, Jung-woo dan Jung-hwan.

treasureIni sekaligus mengesahkan bahawa Bang Ye-dam dan Mashiho bakal berehat buat sementara waktu daripada sebarang aktiviti kumpulan sepanjang tahun ini.

Nak buat macam mana kan? Dorang pun ada sebab untuk hiatus buat masa ini…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...