Ikuti Kami:

Bang Yedam & Mashiho Terkecuali, TREASURE Sah Dalam Persiapan Untuk Comeback

Bang Yedam & Mashiho Terkecuali, TREASURE Sah Dalam Persiapan Untuk Comeback

Selepas lagu hit mereka “Jikjin” dan “Darari”, TREASURE nampaknya sedang merancang untuk berjumpa dengan peminat sekali lagi pada tahun ini!

Pada 27 Mei, YG Entertainment berkongsi bahawa TREASURE telah mula menyediakan album baharu mereka dengan matlamat untuk membuat kemunculan semula pada musim panas ini. Tambah agensi, lagu tajuk telah dipilih, dan penggambaran muzik video akan berlangsung selepas rakaman dan latihan koreografi selesai.

YG Entertainment turut menjelaskan bahawa mereka memulakan persiapan lebih awal kerana projek besar sedang menanti untuk kumpulan itu, dalam sambutan ulang tahun kedua mereka pada bulan Ogos.

Tambahan, sebelum memulakan jelajah arena Jepun mereka pada penghujung tahun ini, terdapat potensi untuk konsert tambahan di Korea. Walaupun TREASURE telah mengadakan konsert pertama mereka di Korea pada bulan April lepas, tetapi kerana peminat tidak dapat bersorak disebabkan peraturan COVID-19, ahli berharap dapat berinteraksi lebih banyak dengan peminat melalui konsert tambahan.

bang yedam mashiho

Selain berita positif, YG Entertainment turut mengumumkan bahawa TREASURE akan membuat promosi sementara dengan 10 ahli untuk comeback kali ini. Berkenaan dengan harapan peribadi Bang Ye-dam untuk meningkatkan potensinya sebagai penerbit, dia akan menumpukan perhatian untuk mempelajari muzik buat masa ini. Manakala Mashiho, yang kini berehat di Jepun, akan melanjutkan rehatnya atas sebab kesihatan dan menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya. Agensi itu mengulas,

Walaupun sentiasa berusaha untuk menyokong pertumbuhan artis kami, kami menganggap kesihatan ahli sebagai keutamaan. Kami memutuskan untuk memberikan rehat yang lebih lama untuk kedua-dua ahli selepas perbincangan yang mencukupi dengan ahli TREASURE, jadi kami meminta pemahaman dan sokongan peminat yang bermurah hati.

Bergembira dalam duka…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...