Setiap negara mesti ada budaya dan tradisi perkahwinan yang tersendiri.
Kali ini KimchiDaily nak kongsikan tentang budaya dan tradisi perkahwinan yang masih diamalkan di Korea orang luar tak tahu.
Jeonanrye Pra-perkahwinan
Semasa upacara Jeonanrye , seekor kireogi atau angsa liar akan dihadiahkan kepada bakal ibu mertua. Pengantin lelaki akan tunduk dua kali sebelum memberi kireogi kepada bakal ibu mertuanya. Dalam perkahwinan Korea moden, seekor angsa kayu boleh diberikan sebagai ganti kepada kireogi tradisional.
Tradisi Korea ini dianggap sebagai sebagai simbol keharmonian dan kasih sayang yang bakal diberi kepada isteri. Angsa liar mengawan seumur hidup, jadi dengan memberi seekor angsa, pengantin lelaki menjanjikan kasih sayang yang cukup dan penjagaan rapi kepada isterinya.
Selain itu, ibu bapa pasangan pengantin berhak untuk menjemput sesiapa sahaja yang mereka suka. Sudah menjadi tradisi Korea bahawa pasangan pengantin bersiar-siar di tempat perkahwinan untuk mengalu-alukan setiap kedatangan tetamu pada hari istimewa mereka. Hal ini selalunya boleh menjadi tugas yang memberi tekanan kepada pasangan pengantin.
Walau bagaimanapun, pengantin lelaki boleh menyambut tetamu di satu kawasan manakala pengantin perempuan mempunyai bilik khas sendiri untuk menyambut tetamunya. Gambar pengantin perempuan dan tetamunya juga diambil sebelum majlis bermula.
Majlis perkahwinan
Semasa majlis perkahwinan Korea, ikrar dilafaz semasa upacara kunbere (upacara minum-minum). Kedua-dua pengantin memakai hanbok iaitu pakaian tradisional Korea, yang direka khas untuk majlis tersebut. Hanbok melambangkan tradisi beribu-ribu tahun dan biasanya diperbuat daripada bahan ringan dengan warna-warna terang, garisan ringkas dan tiada poket.
Pengantin perempuan akan memakai hanbok merah jambu atau ungu, manakala ibu pengantin lelaki memakai hanbok biru. Selain itu, ahli keluarga wanita juga boleh memakai hanbok, tetapi mereka boleh memilih pakaian yang lebih moden sebagai ganti pakaian tradisional.
Pyebaek
Pyebaek adalah salah satu tradisi perkahwinan Korea yang menekankan kepentingan berkeluarga. Semasa pyebaek, kurma dan buah berangan diberikan kepada pengantin perempuan. Bersama-sama, pasangan pengantin akan mengunjungi rumah keluarganya untuk menghadiahkan kacang dan buah. Kurma dan buah berangan adalah gambaran Korea tentang kesuburan pengantin perempuan.
Selepas buah dan kacang ditawarkan, ibu bapa pengantin lelaki akan menghidangkan sake sebagai balasan. Pada akhir majlis, ibu bapa pengantin lelaki melemparkan kurma dan buah berangan ke arah pengantin perempuan sambil dia cuba menangkapnya dengan skirt tradisional yang besar. Bilangan kurma dan buah berangan yang dia tangkap melambangkan bilangan anak yang akan dia miliki nanti.
Wah kaya dengan adat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.