Salah seorang pengurus (G)I-DLE kini sedang dikritik kerana didakwa sering menyentuh Minnie.
Menurut peminat, pengurus tersebut sering dilihat berkeliaran di sekeliling penyanyi itu sehingga menceroboh ruang peribadinya.
Lelaki itu juga turut didapati sering mengganggu interaksi Minnie dengan peminat yang jelas menghormati ruang serta peraturan yang ditetapkan.
Malah, di majlis tandatangan bersama peminat baru-baru ini, pengurus itu telah dilihat mengikuti penyanyi itu sebelum mengambil tempat disebelahnya ketika berada di atas pentas.
Is it this guy? I thought he was being too intrusive for no reason here when Minnie was obviously enjoying her short interaction with the fans pic.twitter.com/lrrY2kVIkd
— LSH1 🦁 Minnie✨ (@mothercircle) April 6, 2024
Tidak berhenti di situ, beberapa orang peminat yang terserempak dengan (G)I-DLE di lapangan terbang turut berkongsi pengalaman mereka bersama dengan lelaki itu.
Mereka berkata,
Masa tu ahli (G)I-DLE suruh juruwang pilih kad siapa yang akan digunakan dan kad Minnie telah dipilih.
Tapi, pengurus itu langsung datang dekat kami dan kata ‘saya tahu yang ini akan terjadi sebab kad Minnie secantik wajahnya’.
Selepas mendengar beberapa dakwaan terhadap pengurus tersebut, rata-rata peminat di media sosial telah meluahkan kerisauan mereka serta menggesa agar CUBE Entertainment menukar pengurus kumpulan tersebut.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.