Apa sahaja yang kita minat mestilah kena ada batasan, kan?
Pada 29 Januari, kumpulan (G)I-DLE telah melakukan kemunculan semula mereka dengan album baru, beserta judul lagu “Super Lady”.
Baru sehari selepas ianya dikeluarkan, muzik video untuk lagu itu telah pun meraih lebih 16 juta tontonan kini, bukti mereka berjaya memikat hati ramai orang.
Bagaimanapun baru-baru ini, satu hantaran telah dimuat naik di laman TikTok, memberitahu bahawa umat Islam tidak seharusnya mendengar lagu tersebut kerana liriknya yang bercanggah dengan kepercayaan Muslim.
Khususnya, ada lirik lagu itu yang berbunyi,
Saya seorang tuhan, wanita hebat,
Adakah awak melihat bahawa saya tidak pernah mati?
Meskipun ada yang menyatakan bahawa lirik ‘saya tuhan’ dalam lagu itu membawa maksud seorang wanita yang berkuasa namun, umat Islam harus lebih berhati-hati agar perbuatan kita tidak jatuh sebagai syirik.
Hmm dengar lagu lain la korang..