Ikuti Kami:

“Takkan Tengok Dah..” – Penulis Buat Hal, Umat Islam Tak Patut Tonton Drama ‘Marry My Husband’

“Takkan Tengok Dah..” – Penulis Buat Hal, Umat Islam Tak Patut Tonton Drama ‘Marry My Husband’

Umat Islam dikatakan tak patut tonton drama “Marry My Husband”, tapi kenapa?

Untuk pengetahuan, “Marry My Husband” yang diterajui Park Min-young adalah drama berdasarkan webtoon, membawa kisah tentang seorang wanita yang kembali hidup selepas dibunuh suami yang curang bersama teman baiknya.

Namun baru-baru ini, netizen telah mengungkit kembali kontroversi yang melibatkan penulis webtoon berkenaan iaitu Seong So-jak kerana ungkapan kebenciannya terhadap agama Islam dalam siri webtoon itu.

Khususnya dalam episod ke-18, penulis menggambarkan umat Islam sebagai teroris dengan terdapat satu skrip yang ditulis,

Pasukan Islam (Muslim) menculik dan bahkan membunuh orang Korea.

webtoon marry my husband

Kini, bahagian itu telah pun dipadam dan disunting tetapi Seong So-jak masih belum mengeluarkan permohonan maaf sehingga hari ini.

Meskipun drama ini ditulis oleh penulis yang berbeza dari webtoon namun, ramai yang menganggap ianya akan tetap memberi keuntungan buat penulis asal.

Dengan ini, ramai orang Islam berpendapat bahawa kita seharusnya tidak menyokong dan menonton drama ini kerana ia dihasilkan oleh seseorang yang Islamofobia, iaitu mempunyai rasa tidak suka atau prejudis terhadap Muslim.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...