Ikuti Kami:

“Tolonglah Tiada Lagi..” – Wendy RED VELVET Gesa Peminat Berhenti Hantar Trak & Email Kepada Idola

“Tolonglah Tiada Lagi..” – Wendy RED VELVET Gesa Peminat Berhenti Hantar Trak & Email Kepada Idola

Sebagai peminat, mesti ada yang berlumba-lumba mahu menarik perhatian idola kan?

Di Korea, sudah menjadi kebiasaan peminat di sana memberi hadiah yang bernilai besar untuk penyanyi kegemaran mereka. Sebagai contoh, menghantar trak istimewa yang dilengkapi dengan banner kata-kata manis malah, ada juga kata-kata berbaur ugutan kepada syarikat.

Baru-baru ini, terdapat satu situasi melibatkan Wendy RED VELVET di mana, peminat menyatakan kebimbangan terhadap pengaruh SM Entertainment terhadap arahan muziknya. ReVeluvs (peminat RED VELVET) sentiasa bersuara tentang keinginan mereka untuk Wendy mempunyai kebebasan yang lebih kreatif dalam muziknya dan ada yang menghantar trak di hadapan bangunan SM untuk memaklumkannya.

_trak depan sm entertainment

Apabila ditanya tentang perihal ini, Wendy memberi respon tegas dengan berkata,

Tidak, tidak, tidak, tidak, tidak! Tolonglah, tiada lagi trak dan tiada lagi e-mel. Sudah 10 tahun untuk jadi, kami boleh mengatasinya, kami ada sedikit kuasa!

Reaksi Wendy telah ini telah mencetuskan perbincangan baharu di kalangan peminat. Walaupun ada yang percaya bahawa kempen trak dan e-mel ini penting untuk menyuarakan kebimbangan peminat malah, ada juga yang mempersoalkan jika tindakan sedemikian mungkin mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

Mungkin idola pun sudah mula rasa tidak selesa..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...